Laman

Pengenalan Persamaan Kuadratik

0 comments


Siapa tahu permainan paling berjaya dalam sejarah android?..Tentulah 'Angry Bird'!!

angry bird logo


Rasanya semua org tahu pasal game Angry Bird nih..Budak kecil yang umur 2 tahun pun sekarang sudah pandai main game Angry Bird.

Tapi aper kaitan Angry Bird dengan Persamaan Kuadratik yer?

Sebelum kita lihat kaitan antara kedua-duanya, masa kita kenal dahulu apa itu Persamaan Kuadratik.

Ciri-ciri Persamaan Kuadratik:

1) Persamaan yang mempunyai nilai kuasa tertinggi bagi pembolehubah adalah '2' (dalam bahasa matematik second degree polynomial).

quadratic formula

2) Persamaan Kuadratrik juga adalah sejenis Fungsi kerana mempunyai satu sahaja nilai 'Y' untuk setiap nilai 'X' (Diuji dengan 'Vertical Line Test'). Garisan berwarna 'biru' adalah 'vertical line' yg digunakan untuk menguji samada graf kuadratik adalah sejenis fungsi atau tidak.


graf kuadratik



3) Persamaan Kuadratik juga dipanggil sebagai ialah Persamaan Parabola
.

Sekarang kita lihat pula contoh graf kuadratik di bawah ini dan kaitannya dengan game Angry Bird? Apakah yang kite boleh nampak??

graf kuadratik

masih tidak nampak..saya perincikan lagi....


angry bird example


                       

Kalau kita lihat pada gambarajah di atas, kita dapat lihat bahawa laluan Angry Bird Merah untuk memusnahkan musuhnya adalah sama seperti Graf Kuadratik dan ini adalah benar!!

Bukan itu sahaja, terdapat lagi contoh lain Graf Kuadratik di dalam kehidupan seharian kita. Contohnya seperti lantunan bola, lompatan ikan lumba-lumba, kolam air pancut dan banyak lagi.

Bab Seterusnya


Cikgu Matematik Anda